Himpunan Kesilapan/Ketidak Sempurnaan Dalam Ibadat Dan Amalan Oleh Dato’ Ismail Kamus

Posted on November 16th, 2009 by AWanbiRU_BOyz  |  4 Comments »

kamus

Kesilapan / Ketidak kesempurnaan dalam Ibadat & Amalan

1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak makan kenduri, kita akan

menolak..dengan alasan kita sedang berpuasa..sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala

puasa penuh..Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan utk kita bukak puasa

dan pergi kenduri tersebut..kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan

puasa sunat tersebut…hmmm, bukak puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan tak nak? Read the rest of this entry »

Pesanan Dato’ Dr Fazilah Kamsah Kepada Kita Semua (Part 2)

Posted on November 10th, 2009 by AWanbiRU_BOyz  |  4 Comments »

10 Amalan TERBALIK Yang Dilakukan Oleh Kita..

fazilah kamsah 3

1) Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati
selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan
seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di
mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk
keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga
tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan
belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang
hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta
anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati
yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2) Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap
salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit
nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi
kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi.
Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah.
Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil
untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3) Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas
dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid,
pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu
perbuatan yang terbalik.

4) Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan
nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu,
sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang
supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5) Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat
malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah
seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6) Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang
berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan
setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa
adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di
bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7) Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri
sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri
pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari
bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat
kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8) Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa.
Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau
anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu
hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam… Kalau guru
tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak
bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun
menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih
berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak
lulus periksa.

9) Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut
tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak
panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta
tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10) Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak,
bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri
itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini
membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

p/s : Kita cukup teruja untuk meng’forward’ kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2.
Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi
kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??…..Cukup dengan
contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih
kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang
digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan
hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: ‘Sampaikanlah dariku walaupunsatu ayat.’ (Riwayat Bukhari)
Kali nie baru leh ckp renung2 kan dan selamat beramal..hahahahaha… :P

Pesan Dato’ Dr Fazilah Kamsah Kepada Kita Semua…

Posted on November 2nd, 2009 by AWanbiRU_BOyz  |  21 Comments »

kamsah

Dato’ Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata….. .

“setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup @ telah tiada )”………. nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu…

Berdasarkan Hadith Nabi :
“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tua nya dalam sehari”

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup
mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa
kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar
mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. …tadah tangan dan
bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka
yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris….. . Cuma jangan lupa
doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita
dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. …insyallah , rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
(kata Azmil Mustapha)… ….Mari kita cuba….Allahhuakhbar. ..

Insya Allah
Allahu Akbar !

Kisah Kehidupan Naruto..Sinopsis Dan Sebagainya.. :D

Posted on November 1st, 2009 by AWanbiRU_BOyz  |  4 Comments »

naruto

Assalamualaikum rakan blogger sekalian…utk malam nie,aku cuba nak menceritakan sume hal yg berkaitan dgn NARUTO..hehehe..tgklah pic naruto kt atas tuh..xdelah hensem pon..tp sume org suke..kenapa ekk? di sinilah kita nak bongkarkan misteri dn sejarah berkaitan Naruto..plg penting,kena tau nape NARUTO yang x hensem tuh dijadikan pilihan peminat anime utk beli dvd dia,beli komik dia,donlod kt tenet,simpan koleksi gamba,beli key chain dia,dn sebagainya…walaupon korang nie peminat NARUTO dan anime,hope leh ahh kongsi2 komen korang berkaitan NARUTO ekk..bawah nie aku ceritakan sume hal berkaitan NARUTO… Read the rest of this entry »

Malaysia Lancarkan 1Malaysia F1 Team

Posted on October 30th, 2009 by AWanbiRU_BOyz  |  8 Comments »

f1

Pergh..kali nie aku nak kongsi dgn korang berita sensasi yg dh x sensasi sbb benda dh lepas..heheh..tp xpe,kisah nie mmg panas sbb xsangka MALAYSIA dh ada 1MALAYSIA F1 TEAM..perghhhhh…aku mmg bangga ahh sbb MALAYSIA dah mampu buat team f1… Read the rest of this entry »

Sinopsis Kartun Upin & Ipin… :D

Posted on October 30th, 2009 by AWanbiRU_BOyz  |  8 Comments »

upin ipin

Hheehehe…salam hormat,salam pena kepada rakan bloggers sekalian..kali nie entry aku lain sket dr yg lain..hehehe..bukan ape,ada sbbnye..kalu korang tgk dr gamba kt atas nie,korang dh tau aku nak ckp psl ape kan?? aku sebenarnye xdelah layan sgt kartun2 nie..kalu tgk pon juz pd beberapa jenis kartun je..tp yang menyebabkan aku tertarik dgn cite upin ipin ini ialah sbb hasil tgn dr rakyat Malaysia..yeah…syabas org Malaysia..syabas inspector sahab..ehh? salah2…tuh hindustan..hehe..walaupon cite nie dh ditayangkan bulan februari lalu,aku pedulik ape..ye x? ada aku kesahhh? tp Aiman xkesahh..biarlah aku nak cite kt korang..dh aku pon baru tgk minggu lepas..hahahahaha.. Read the rest of this entry »

Beberapa Kesilapan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak-Anak…

Posted on October 29th, 2009 by AWanbiRU_BOyz  |  4 Comments »

kartun family

haha..slmt pagi ekk kepada semua pembaca blog..dimalam yg penuh bermakna dn penuh membuat pahala nie(jeling2 pd yg dh kawin ekk) , aku nak kongsi 1 artikel berkaitan dgn kerosakan akhlak di kalangan remaja pada zaman skang nie..fuhh..kalu nak dibincangkan mmg banyak..dn aku harap korang ikuti je entry aku nie ekk..hehehe..

pada pendapat korang,nape waktu dulu dn skang berbeza? nape remaja skang teruk dn kira rosak ahhh akhlaknya? nape ekk? tapi yang aku tau,salah satu sbbnye ialah kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak2…dan kt bawah nie aku kongsi kt korang artikel2 berkaitan dgn kesilapan ibu bapa nie..teruskan membaca ok… Read the rest of this entry »

Lagu Warisan(Anak Kecil Main Api) Versi Karaoke..

Posted on October 29th, 2009 by AWanbiRU_BOyz  |  No Comments »

Pada malam yg penuh sunyi sepi dn angin bertiup sepoi2 bahasa,aku nak lah jugak bercerita ttg keadaan melayu kita skang nie.. Read the rest of this entry »

Malique feat Tun Dr.Mahathir – LaYu

Posted on October 29th, 2009 by AWanbiRU_BOyz  |  No Comments »

Tujuan aku letak video nie dlm blog aku sbb aku dpt rasakan melayu kita semakin lemah,semakin terhakis semangat kemelayuan… Read the rest of this entry »

Lagu Ayah Pin(korang dgr je k..amik iktibar manusia durjana nie)

Posted on October 29th, 2009 by AWanbiRU_BOyz  |  2 Comments »

ok..korang penah dgr psl Ayah Pin? ape? xpenah? poyo je xpenah..hahaha.. Read the rest of this entry »